Malaysia
Malaysia gesa ASEAN bertindak lebih tegas isu jerebu

Malaysia menggesa ASEAN mengkaji semula perjanjian menangani jerebu rentas sempadan selepas asap kebakaran di Indonesia kembali menjejaskan beberapa kawasan.
Sarawak dan Lembah Klang antara kawasan terkesan akibat asap dari Kalimantan dan Sumatera, dengan kualiti udara mencapai tahap tidak sihat di beberapa lokasi.
Profesor Kajian Asia Universiti Tasmania, James Chin, berkata perubahan perjanjian memerlukan sokongan negara utama termasuk Indonesia, selain persetujuan semua anggota ASEAN.
Perjanjian ASEAN Mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan mula berkuat kuasa pada 2003, namun tidak menetapkan denda atau sekatan terhadap negara yang gagal mematuhinya.




