Malaysia

Jerebu kritikal, Agong perkenan darurat di Serian

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, memperkenan pengisytiharan darurat di seluruh Bahagian Serian, Sarawak susulan keadaan jerebu yang membahayakan kesihatan dan keselamatan orang ramai.

Screenshot

Keputusan itu dibuat selepas mengambil kira nasihat Perdana Menteri dan Premier Sarawak, selain agensi berkaitan mengenai tahap kualiti udara di kawasan berkenaan.

Kerajaan akan mengambil langkah lebih berkesan bagi melindungi kesihatan dan kebajikan penduduk yang terjejas akibat jerebu.

Perkembangan keadaan akan terus dipantau dari semasa ke semasa, termasuk pelaksanaan langkah mitigasi serta penyampaian maklumat dan nasihat kesihatan kepada orang ramai.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker