Malaysia

‘Brawl’ berakhir maut, 8 lelaki termasuk dua beradik didakwa bunuh

Lapan lelaki termasuk dua beradik didakwa di Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini, 4 September, atas pertuduhan membunuh seorang lelaki berusia 23 tahun dalam pergaduhan di Taman Alam Megah, Shah Alam, bulan lalu.

Kesemua mereka didakwa bersama lapan lagi individu yang masih bebas membunuh mangsa di Jalan Mandolin, Taman Alam Megah, pada jam 1.59 petang, 25 Ogos lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 149 Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 302, tanpa pengakuan direkodkan.

Mahkamah menolak jaminan terhadap kesemua tertuduh dan menetapkan 13 Oktober depan untuk sebutan semula kes. Jika sabit kesalahan, mereka berdepan hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun serta sebatan jika tidak dijatuhi hukuman mati.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker