DuniaMalaysia

Wanita Malaysia ditahan di New Delhi, seludup 15kg ganja

Seorang wanita Malaysia ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi (IGI), New Delhi selepas dikesan membawa lebih 15 kilogram (kg) ganja bernilai 52.5 juta rupee (RM2.24 juta), Jumaat lalu.

Menurut laporan, wanita itu tiba dari Kuala Lumpur sebelum dipilih untuk pemeriksaan lanjut. Pemeriksaan terhadap begnya menemukan 30 bungkusan plastik dipercayai mengandungi ganja.

Identiti dan umur wanita itu belum didedahkan, manakala pihak berkuasa India masih menyiasat asal dadah serta pihak yang dipercayai akan menerimanya di India.

Wanita itu kemudian ditahan dan dadah berkenaan disita mengikut Akta Dadah Narkotik dan Bahan Psikotropik (NDPS) 1985.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker