Malaysia

Sambutan Maulidur Rasul di Masjid Lama Nilai meriah, 15 pelajar terima penghargaan

Suasana di Masjid Lama Nilai, Negeri Sembilan meriah dengan pelbagai pengisian sempena Sambutan Maulidur Rasul 2026, yang berlangsung semalam, 13 September.

Program bermula dengan bacaan Maulud, diikuti Solat Asar dan minum petang.

Acara diteruskan dengan ceramah bahasa Tamil dan Solat Maghrib, sebelum ceramah bahasa Melayu pada sebelah malam.

Menurut Pengerusi Masjid Lama Nilai, Mohamed Abd Latif Mohamed Maiddin, sambutan itu bukan sekadar memuliakan Rasulullah SAW dan memperbanyakkan selawat, tetapi turut mengimbas kembali sejarah Rasulullah serta mengambil pengajaran daripada kisah dan peristiwa yang telah berlalu.

Lebih 200 orang hadir memeriahkan sambutan itu, yang turut menyaksikan penyampaian penghargaan dan Anugerah Pelajar Cemerlang kepada pelajar dalam kategori UPKK, PSRA, SPM, STPM, diploma dan ijazah, sebelum majlis diakhiri dengan Solat Isyak dan jamuan.

Dalam sambutan itu, pihak masjid turut mengenang jasa Allahyarham Haji SS Nagoor Ghany bin Haji Said yang dinobatkan sebagai Tokoh Maulidur Rasul 2026.

Penghormatan turut diberikan kepada Allahyarham Abdul Salam bin Kabir, yang pernah menghembuskan nafas terakhir di Masjid Lama Nilai. Bacaan Al-Fatihah turut diadakan sebagai tanda mengenang dan mendoakan Allahyarham.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker