Malaysia

Gaji bulanan rakyat Malaysia naik 4.1% kepada RM3,803

Purata gaji dan upah bulanan rakyat Malaysia meningkat 4.1 peratus kepada RM3,803 pada 2025, berbanding RM3,652 pada tahun sebelumnya.

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), peningkatan itu direkodkan dalam Laporan Survei Gaji dan Upah 2025 yang diterbitkan pada Isnin.

Pada peringkat negeri, Putrajaya mencatat purata gaji bulanan tertinggi iaitu RM5,799, diikuti Kuala Lumpur RM5,451 dan Selangor RM4,817.

DOSM turut melaporkan gaji median bulanan rakyat Malaysia meningkat kepada RM2,864 pada 2025, berbanding RM2,793 pada 2024.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker