Malaysia

Bekas juruteknik didakwa bunuh isteri, tikam 13 kali

Bekas juruteknik didakwa di Mahkamah Majistret Kulim atas pertuduhan membunuh isterinya yang ditemukan maut selepas ditikam 13 kali di rumah mereka, minggu lalu.

Tertuduh, G Vikneswaran, 43, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Hamizah Mat Shah. Tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menyebabkan kematian isterinya, S Sila, 39, di sebuah rumah di Taman Tiram antara jam 6.30 petang hingga 9.04 malam pada 14 September lalu.

Timbalan Pendakwa Raya, S Preeyaa memaklumkan tiada jaminan ditawarkan kepada tertuduh. Vikneswaran juga tidak diwakili peguam dalam prosiding itu.

Mahkamah menetapkan 8 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula bagi mendapatkan laporan bedah siasat dan laporan kimia. Menurut Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Syamsul Sinring, siasatan mendapati kejadian itu dipercayai berpunca daripada rasa cemburu.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker