Malaysia
Hayun paip besi dan rempuh gerai bubur, lelaki warga asing diburu polis

Polis sedang memburu seorang lelaki warga asing selepas dia didakwa menghayunkan paip besi ke arah pelanggan sebelum merempuh meja dan kerusi di sebuah gerai bubur di Taman Sentosa, awal pagi Isnin.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Azrul Hisham Mohd Shaffei, berkata kejadian berlaku selepas suspek dipercayai dalam keadaan mabuk dan bertindak agresif terhadap seorang lelaki tempatan berusia 41 tahun.
Suspek kemudian masuk ke dalam kereta dan memandu secara melulu sebelum merempuh perabot gerai berkenaan serta melarikan diri.
Polis menerima laporan pada jam 2.27 pagi dan menyiasat kes mengikut Seksyen 279 Kanun Keseksaan. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta membantu siasatan.




