Comel tak terkata! Anak harimau kumbang Zoo Melaka kini cari nama

Zoo Melaka kini membuka peluang kepada orang ramai untuk mencadangkan nama bagi anak harimau kumbang jantan yang baru dilahirkan di zoo berkenaan.
Anak harimau kumbang itu dilahirkan pada 22 Julai 2026 hasil pembiakan semula jadi, kepada induk betina berusia enam tahun, Beting, dan jantan berusia 11 tahun, Tommy.
Menurut Zoo Melaka, anak itu mempunyai berat 1.09 kilogram ketika dilahirkan dan kini membesar dengan sihat serta semakin aktif. Setakat 29 September lalu, usianya mencecah dua bulan tujuh hari dan banyak menghabiskan masa di bawah penjagaan ibunya.
Antara nama yang dicadangkan orang ramai termasuk T’chaka, Taming Sari, Wakanda, Bintang, Kasturi dan Arang. Zoo Melaka mengajak orang ramai memberikan cadangan nama yang sesuai untuk si comel itu.




