Malaysia
RM35 untuk nasi lemak? Ini harga makanan di F1 Bahrain di Sepang
Harga makanan sempena Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix in Malaysia 2026 di Sepang International Circuit menjadi perhatian, selepas senarai menu menunjukkan beberapa hidangan nasi dijual pada harga RM35.
Antaranya termasuk nasi lemak ayam goreng, nasi lemak dengan telur goreng, nasi ayam, nasi ayam buttermilk dan nasi ayam masak kicap.
Bagi menu lain, Texas Chicken menawarkan set 2PC Chicken Combo pada RM23, manakala minuman pula bermula RM10 untuk air mineral dan iced black americano.
Acara F1 itu berlangsung di Sepang, Selangor dari 2 hingga 4 Oktober 2026, dengan perlumbaan utama dijadualkan pada Ahad, 4 Oktober.




