MalaysiaSukan

“Tahniah Harimau Malaya, tapi esok tetap kerja!” – PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Harimau Malaya selepas menewaskan Vietnam 1-0 dalam aksi penentuan tempat ketiga Piala ASEAN FIFA 2026 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta.

Kemenangan itu menyaksikan Malaysia menamatkan saingan di tempat ketiga, selain kekal tanpa kalah dan tanpa bolos sepanjang kejohanan.

Fergus Tierney muncul wira Harimau Malaya apabila menjaringkan gol tunggal pada minit ke-62. Anwar turut menghargai semangat juang pemain dan barisan kejurulatihan serta berharap skuad negara terus mengharumkan nama Malaysia.

Dalam nada berseloroh, Anwar turut mengingatkan bahawa kejayaan itu tidak membawa kepada cuti umum. Katanya, termasuk warga luar yang bekerja di Malaysia, semua perlu bekerja seperti biasa esok.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker