
Kebakaran hutan dan tanah di Indonesia masih berlaku dengan 1,201 titik panas berkeyakinan tinggi direkodkan di seluruh negara.
Jumlah itu turun 158 titik berbanding hari sebelumnya.
Kalimantan Tengah mencatat jumlah tertinggi dengan 182 titik panas, diikuti Sumatera Selatan sebanyak 71, Kalimantan Barat 34, Jambi 21 dan Kalimantan Selatan 18.
Menurut Kementerian Perhutanan Indonesia, 61 unit udara kini disiagakan untuk rondaan, pengubahsuaian cuaca dan operasi pengeboman air.
Operasi pemadaman serta pembasahan dan penyejukan kawasan gambut turut dijalankan bagi mengelakkan kebakaran berulang.
Asap tebal daripada kebakaran itu menyebabkan jerebu rentas sempadan turut menjejaskan Malaysia.
Susulan itu, sebanyak 35 kawasan mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara tidak sihat pada jam 10 pagi Rabu, menyebabkan sekolah di Johor ditutup selama dua hari.



