Malaysia

MIED salur hampir RM13 juta biasiswa kepada 781 pelajar AIMST

Seramai 781 pelajar Universiti AIMST menerima biasiswa berjumlah hampir RM13 juta daripada MIED, badan pendidikan MIC, menerusi program MIED Care yang berlangsung semalam di Sungai Petani, Kedah.

Daripada jumlah itu, sebanyak RM10.5 juta diperuntukkan kepada 543 pelajar bidang perubatan, pergigian dan farmasi, manakala RM2.5 juta lagi disalurkan kepada 238 pelajar program asasi.

Pengerusi MIED merangkap Presiden MIC, Tan Sri S.A. Vigneswaran, berkata lebih 790 permohonan diterima tahun ini sebelum penerima dipilih menerusi tiga peringkat penilaian.

Sejak penubuhannya, MIED telah menyalurkan lebih RM240 juta dalam bentuk biasiswa dan bantuan pinjaman pendidikan kepada hampir 15,000 pelajar.

Beliau berkata, MIED komited memastikan peluang pendidikan terbuka kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama atau fahaman politik.

Vigneswaran turut menggalakkan lebih ramai pelajar dan ibu bapa memanfaatkan bantuan pendidikan itu serta berharap penerima biasiswa dapat membantu pelajar lain pada masa hadapan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker