Malaysia
Najib jalani baki hukuman SRC di rumah bersama keluarga

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dibenarkan menjalani baki hukuman penjara bagi kes SRC International di kediamannya di Langgak Duta menerusi perintah tahanan rumah daripada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
Peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengesahkan Najib sudah menerima perintah itu, termasuk syarat dan mekanisme pelaksanaannya, namun kandungannya tidak boleh didedahkan kepada umum.
Shafee berkata, Najib akan menjalani tahanan rumah bersama keluarganya di kediaman berkenaan.
Pada 18 September lalu, Sultan Ibrahim memperkenankan pengampunan bersyarat yang membolehkan Najib menjalani baki hukuman enam tahun di bawah tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028, dengan syarat denda RM50 juta dibayar.




