Malaysia

Tular video buang air kecil di EDL, tiga lelaki ditahan

Polis menahan tiga lelaki berusia 28 hingga 36 tahun selepas video mereka membuang air kecil di tepi Lebuhraya Eastern Dispersal Link (EDL) tular di media sosial.

Ketiga-tiga suspek ditahan di sebuah restoran di Taman Maju Jaya kira-kira jam 9.30 malam tadi. Polis turut merampas sebuah MPV yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Superintendan Ng Swie Chait berkata, laporan dibuat selepas video berdurasi 16 saat itu dikesan dimuat naik di media sosial. Seorang daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau, manakala semua suspek didapati negatif dadah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan kelucahan melampau. Jika sabit kesalahan, mereka boleh dipenjara sehingga dua tahun.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker