Malaysia

Syarat pemilikan pusat tuisyen bakal dikaji semula

Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengemukakan cadangan untuk mengkaji semula syarat pemilikan pusat tuisyen kepada Jemaah Menteri minggu ini.

Langkah itu susulan kebimbangan mengenai syarat 30 peratus ekuiti Bumiputera bagi pembaharuan lesen pusat tuisyen pada 2027. Ketetapan berkaitan struktur pemilikan itu sudah dinyatakan dalam Buku Dasar Institusi Pendidikan Swasta yang diterbitkan pada 2006.

KPM berkata pihaknya mengambil maklum pandangan pelbagai pihak dan mahu sektor pendidikan kekal terbuka kepada semua yang menyumbang kepada pendidikan anak-anak Malaysia.

KPM turut menghargai sumbangan pengusaha pusat tuisyen dan akan bekerjasama dengan semua pihak dalam perkara berkenaan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker