MCMC Tegas buli siber tidak boleh dinormalisasikan

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, yang menegaskan kebebasan bersuara di media sosial perlu disertai tanggungjawab.
MCMC menegaskan perbezaan pandangan bukan alasan untuk melakukan buli siber, termasuk ugutan, penghinaan, serangan peribadi dan penyebaran maklumat peribadi.
MCMC turut memberi perhatian terhadap penyalahgunaan kecerdasan buatan (AI) untuk menghasilkan kandungan palsu dan menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh mencetuskan fitnah serta kebencian.
Orang ramai diseru supaya menyemak kesahihan maklumat sebelum berkongsi, menghormati perbezaan pandangan dan menjaga adab ketika berinteraksi dalam talian. Kandungan yang disyaki melanggar undang-undang akan diteliti dan tindakan sewajarnya diambil.



