Malaysia

Wanita Myanmar didakwa cederakan kanak-kanak

Seorang wanita warga Myanmar, Shofikah Abdul Shukur, 35, didakwa di Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini atas pertuduhan mencederakan seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun.

Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa menampar muka mangsa beberapa kali, mengikat tangan dan kaki serta menghempasnya ke lantai di sebuah rumah di Jalan Baiduri 9, Pulau Melaka, Melaka Tengah, kira-kira jam 11.48 pagi pada 30 September lalu.

Shofikah didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan kerana tertuduh tidak memahami bahasa Melayu atau Inggeris. Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman menetapkan 11 November ini untuk sebutan semula kes bagi membolehkan jurubahasa Rohingya dilantik.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker