Malaysia
Cadangan Bersama berkaitan RON95 tidak realistik – Pemuda DAP

Ketua Pemuda DAP, Raja Ahmad Iskandar Fareez, menyifatkan cadangan Parti Bersama Malaysia (Bersama) untuk memansuhkan subsidi petrol RON95 sebagai tidak realistik.
Beliau berkata, pemberian bantuan tunai kepada rakyat mungkin tidak mampu mengimbangi kenaikan harga petrol sekiranya subsidi bahan api dimansuhkan.
Bersama sebelum ini mencadangkan pemansuhan subsidi BUDI95 dan beberapa skim bantuan tunai kerajaan, sebelum digantikan dengan bantuan bulanan yang lebih bersasar menerusi Belanjawan Bayangan 2027.
Namun, Pemuda DAP berpandangan cadangan itu perlu mengambil kira kesannya terhadap kos sara hidup rakyat.




