
Pasangan selebriti, Neelofa dan PU Riz, dikecam selepas membatalkan acara keagamaan yang dijadualkan berlangsung pada 24 Oktober di Rimbunan @ Forest City Golf Hotel, Johor.
Pembatalan itu mencetuskan kontroversi apabila peserta mendakwa tidak diberikan bayaran balik tiket, sebaliknya ditawarkan pilihan penebusan berupa tiket TGV, pakaian dan kredit kedai.
Penganjur menjelaskan keputusan itu dibuat atas faktor keselamatan dan kesihatan susulan keadaan jerebu serta peningkatan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU).
Netizen bagaimanapun mendesak wang tiket dipulangkan secara tunai dan mempersoalkan kaedah penebusan yang ditawarkan.




