Malaysia

Anggota bomba maut, tiga lelaki ditahan

Seorang anggota bomba berusia 46 tahun maut selepas motosikal ditunggangnya dipercayai melanggar Toyota Vios yang membuat pusingan U di Jalan Pantai, Port Dickson, kira-kira jam 8.05 pagi tadi.

Mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Port Dickson.

Polis menahan pemandu kereta dan dua rakannya, berusia 31 hingga 32 tahun, yang disyaki cuba menyembunyikan kenderaan serta menanggalkan nombor pendaftarannya selepas kejadian.

Pemandu didapati tiada lesen sah, manakala cukai jalan dan insurans kereta telah tamat tempoh. Ketiga-tiga suspek akan direman esok.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker