Malaysia

Lelaki curi beg jemaah wanita dalam masjid di Besut ditahan polis

Polis menahan seorang lelaki berusia 30 tahun selepas dia disyaki menceroboh ruang solat wanita dan mencuri dua beg ketika solat Isyak di Masjid Gong Mak Som, Kampung Raja, Besut pada Selasa lalu.

Suspek ditahan di sebuah rumah di Kampung Gong Tok Tor, Jertih pada jam 7.20 pagi Khamis.

Penahanan dibuat selepas laporan polis diterima apabila jemaah wanita menyedari dua beg yang ditinggalkan di bahagian belakang ruang solat hilang.

Semakan rakaman CCTV menunjukkan seorang lelaki memasuki ruang solat wanita sebelum melarikan beg berkenaan. Gambar suspek yang tular di media sosial turut membantu pihak polis mengesannya.

Suspek didapati positif methamphetamine, dan polis merampas beberapa barangan yang dipercayai berkaitan kes tersebut, termasuk pakaian, buku, kunci, tasbih serta beberapa beg kecil.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker