Malaysia
Kanser payudara: 1 daripada 23 wanita Malaysia berisiko

Risiko wanita di Malaysia menghidap kanser payudara meningkat kepada seorang daripada 23 orang, berbanding seorang daripada 27 sebelum ini, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.
Menurut Kajian Kesihatan Kebangsaan 2023, sebanyak 71 peratus wanita berusia lebih 40 tahun belum pernah menjalani mamogram, manakala 46 peratus tidak melakukan pemeriksaan payudara sendiri.
Beliau menegaskan, pengesanan awal boleh meningkatkan peluang kelangsungan hidup pesakit sehingga 95 peratus.




