Malaysia

KPDN panggil Ramly Burger ekoran dakwaan kenaikan harga produk

Syarikat Ramly Burger dipanggil oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) pada Selasa ekoran dakwaan orang ramai mengenai kenaikan harga produk.

Perjumpaan itu dibuat bagi mendapatkan penjelasan dan mengeluarkan Notis Pengesahan Maklumat Barangan (NPMB) bagi meminta justifikasi kenaikan harga di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan.

Menteri KPDN, Datuk Armizan Mohd Ali memaklumkan, buat masa ini Ramly Burger bersetuju menangguhkan dahulu sebarang kenaikan harga buat sementara waktu.

Dalam isu berasingan, syarikat pembekal ais Sim Yang Hok Industries menafikan dakwaan menaikkan harga produk daripada RM3.70 kepada RM6, sambil menjelaskan itu adalah maklumat palsu dan telah membuat laporan polis.

KPDN memaklumkan setakat ini sebarang cadangan kenaikan harga oleh kedua-dua syarikat berkaitan kos operasi, bukan disebabkan SST.

Menteri turut menasihatkan syarikat supaya berbincang dengan KPDN sebelum menaikkan harga bagi mengelak tindakan melanggar undang-undang pencatutan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker