Malaysia

Demi tugas tarik kereta, punca tiga lelaki halang laluan di Lebuhraya PLUS

Rupanya tindakan tiga lelaki yang tular menghalang laluan di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan dekat R&R Pedas-Linggi adalah kerana mahu menarik sebuah kenderaan.

Polis Rembau memaklumkan seorang suspek berusia lingkungan 50-an yang juga ejen tarik kereta telah ditahan di sekitar Seremban pada tengah malam tadi, manakala usaha mengesan dua lagi rakannya sedang dijalankan.

Menurut siasatan awal, mereka sengaja menghentikan kenderaan di lebuh raya untuk melaksanakan kerja menarik kereta terbabit.

Kes disiasat mengikut Seksyen 341 Kanun Keseksaan kerana menghalang laluan awam, yang jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman penjara sehingga sebulan atau denda maksimum RM1,000 atau kedua-duanya.

Polis pada masa sama mengingatkan bahawa perbuatan mengganggu kelancaran trafik, khususnya di lebuh raya berkelajuan tinggi, adalah serius kerana boleh membahayakan keselamatan pengguna jalan raya lain.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker