Malaysia
Bengang dipotong tanpa ‘signal’, lelaki acu pistol mainan ditahan polis

Seorang warga emas berusia 60 tahun ditahan selepas mengacukan pistol mainan ke arah seorang pemandu di Lebuhraya Hubungan Timur-Barat Kuala Lumpur.
Insiden dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati suspek terhadap pemandu yang memotong kenderaannya tanpa memberi isyarat, sebelum berlaku pertengkaran mulut di lebuh raya.
Suspek ditahan sekitar jam 7 malam Ahad susulan laporan polis dan penularan video berdurasi 34 saat di media sosial.
Polis turut merampas dua pistol mainan serta sebuah SUV milik suspek, yang mempunyai rekod jenayah dan tidak bekerja.
Permohonan reman terhadap lelaki terbabit akan dibuat dan kes disiasat di bawah Seksyen 36(1) Akta Senjata Api 1960.




