Dunia

Demi ikat perut bayar bil, nenek rebah akibat kelaparan

Sebuah video tular di media sosial memaparkan tindakan mulia anggota polis di Thailand yang membantu seorang wanita warga emas yang rebah di hadapan sebuah kedai dipercayai akibat tidak makan sejak pagi.

Mangsa dilaporkan pitam kerana terpaksa berjimat demi melunaskan bil utiliti. Ambulans kemudian tiba untuk membawanya ke hospital.

Dua anggota polis dilihat menghampiri wanita itu bersama beberapa orang awam, sebelum membantunya dan meletakkan mangsa di atas pengusung.

Insiden itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, termasuk mereka yang menawarkan bantuan kewangan bagi meringankan beban wanita berkenaan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker