Malaysia

Setelah bertahun-tahun berkarya di kawasan KLCC, jurugambar jalanan disaman RM2,000

Sekumpulan hampir 30 jurugambar jalanan di sekitar KLCC dikenakan kompaun dalam operasi bersepadu oleh KL Strike Force malam Ahad, susulan isu tular membabitkan dakwaan mengambil kesempatan terhadap pelancong asing.

Seorang jurugambar yang enggan dikenali meluahkan rasa kecewa apabila dikenakan kompaun RM2,000, menganggap ia membebankan dan bimbang perlu mencari pekerjaan lain jika tindakan itu berterusan.

Kesalahan yang dikenakan adalah menawarkan perkhidmatan fotografi secara tidak sah menggunakan telefon pintar, mengikut Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja Wilayah Persekutuan 2016.

Operasi itu melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Menurut salah seorang daripada mereka, insiden tular sebelum ini berpunca daripada salah faham komunikasi, namun kini semua jurugambar terpaksa menanggung akibatnya.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker