Malaysia

Polis buka semula siasatan kematian G Sharvina

Polis membuka semula siasatan berhubung kematian pelajar Tingkatan Lima, G Sharvina, 17, yang meninggal dunia selepas ditemui rebah dengan mulut berbuih di sebuah sekolah menengah di Klang pada 27 Mei lalu.

Keluarga mangsa hari ini menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersama laporan dan bukti berkaitan kes, mendesak siasatan telus terhadap dakwaan wujud unsur kecuaian, salah guna kuasa dan cubaan menyembunyikan maklumat.

Pengarah Unit Guaman Agamam Ani Malaysia, Arun Dorasamy, yang mewakili keluarga, berkata PDRM telah mengesahkan kertas siasatan yang sebelum ini diklasifikasikan sebagai ‘No Further Action’ kini dibuka semula dengan tiga pasukan khas.

Menurut Arun, pihaknya mahu punca sebenar kematian pelajar itu didedahkan sepenuhnya, termasuk dakwaan mangsa pernah menjadi mangsa buli namun rekod berkaitan tidak sampai kepada polis.

Keluarga Sharvina berharap siasatan baharu oleh polis dan SPRM dapat membawa keadilan serta memastikan pihak bertanggungjawab dikenakan tindakan sewajarnya.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker