Lelaki, wanita maut ditikam di Guar Chempedak

Dua individu ditemukan maut dengan kesan tikaman dalam kejadian di Taman Nona, Guar Chempedak, pada Khamis malam.
Mangsa lelaki berusia 30 tahun ditemui terbaring di atas jalan dengan kesan tikaman di badan, manakala wanita berusia 28 tahun dijumpai tidak bernyawa di dalam sebuah kereta Proton Wira yang diletakkan di hadapan sebuah rumah.
Polis menerima maklumat mengenai insiden itu sekitar jam 9.40 malam sebelum pasukan forensik dikerahkan ke lokasi.
Siasatan awal mendapati kecederaan mangsa berpunca daripada objek tajam, namun punca sebenar kejadian masih dalam siasatan.
Setakat ini, tiada tangkapan dibuat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar untuk bedah siasat.




