Malaysia
Lelaki ada 34 rekod jenayah lampau antara tiga ditahan di Klang

Seorang lelaki dengan 34 rekod jenayah lampau antara tiga ditahan selepas cuba melarikan diri dengan Proton Waja daripada pemeriksaan polis di Taman Sentosa, Klang, lewat malam tadi.
Suspek bersama dua rakannya dikesan anggota MPV Klang Selatan ketika rondaan sebelum bertindak memecut laju dan memandu secara berbahaya.
Pemeriksaan lanjut menemui sebilah parang serta sarung tangan dipercayai untuk kegiatan jenayah.
Hasil semakan mendapati dua lagi suspek turut memiliki rekod jenayah lampau masing-masing tujuh dan satu kes berkaitan narkotik dan jenayah.
Ketiga-tiga mereka ditahan di IPD Klang Selatan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.



