Malaysia

“Ada kesan air liur..” – Bapa dedah anak jadi mangsa pedofilia di masjid

Seorang pengguna Facebook, Hafiz Mustafa mendedahkan anak lelakinya, dikenali sebagai Nuh, berumur 7-8 tahun, menjadi mangsa gangguan seksual di sebuah masjid pada penghujung Januari.

Anak lelakinya itu didekati seorang lelaki muda ketika berada sendirian di kawasan tandas, dan berlaku sentuhan tidak wajar selama kira-kira empat minit sebelum suspek melarikan diri dengan motosikal.

Bagaimanapun, semua pergerakan direkod CCTV dan telah diserahkan kepada pihak polis.

Hafiz menasihati ibu bapa agar sentiasa berhati-hati membawa anak ke tempat awam, terutamanya semasa solat Tarawih dan menekankan kepentingan pengawasan, CCTV berkualiti, dan kawasan permainan kanak-kanak yang selamat di masjid.

Laporan polis telah dibuat dan siasatan sedang dijalankan. Mangsa juga dilaporkan stabil dan tidak mengalami trauma serius, namun disaran orang ramai supaya berjumpa dengan psikiatri.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker