Malaysia

Kemalangan: 20% berpunca ‘microsleep’, ubah posisi duduk dan kelajuan tak konsisten tanda awal – MIROS

Microsleep atau tertidur seketika semasa memandu menjadi penyumbang utama kemalangan jalan raya di Malaysia, dengan kira-kira 20 peratus kes termasuk kematian setiap tahun.

Ketua Pengarah MIROS, Prof Madya Dr Siti Zaharah Ishak, menjelaskan microsleep berlaku akibat keletihan, kelesuan, jam biologi terganggu, perjalanan jauh dan tempoh pemanduan panjang.

Risiko meningkat terutama pada musim perayaan dan cuti sekolah apabila lebuh raya merekodkan lebih dua juta pergerakan kenderaan.

Antara tanda microsleep ialah perubahan posisi duduk dan kelajuan kenderaan yang tidak konsisten. Pemandu dinasihatkan berhenti rehat di R&R, mendapatkan udara segar, dan menggunakan aplikasi merancang perjalanan.

MIROS turut menilai teknologi kenderaan, termasuk sistem bantuan pemandu canggih seperti amaran keluar lorong dan brek kecemasan automatik, bagi meningkatkan keselamatan dan mengurangkan risiko kemalangan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker