Malaysia

Inkues: Bekas ketua warden Zara Qairina dedah wujud penemuan bukti baharu

Mahkamah Koroner Kota Kinabalu dimaklumkan mengenai kewujudan dokumen baharu dalam inkues kematian Zara Qairina Mahathir.

Ia selepas bekas ketua warden sebuah sekolah menengah agama di Papar mendedahkan terdapat helaian kertas yang berbeza daripada kenyataan bertulis lima pelajar sebelum ini.

Saksi kelapan yang dipanggil semula, Azhari Abdul Sagap, memaklumkan dokumen itu diterimanya daripada guru disiplin sekolah, Ustazah Syukriah, dan bukan disimpan oleh pelajar terbabit.

Dokumen berkenaan turut dikatakan berbeza daripada pengakuan bertulis pelajar dan melibatkan beberapa muka surat.

Azhari menjelaskan salinan asal dokumen itu telah diserahkan kepada Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kapayan, manakala beliau turut menyimpan salinan bergambar dan imbasan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker