Dunia

Adinda Raja Charles III dilucut gelaran diraja susulan kontroversi panas 

Raja Britain, Raja Charles III, dilaporkan memulakan proses melucutkan semua gelaran dan kehormatan diraja adindanya, Putera Andrew, susulan kontroversi yang terus mengaitkannya dengan pesalah seks mendiang Jeffrey Epstein.

Baginda juga mengarahkan Putera Andrew mengosongkan kediamannya di Royal Lodge, Windsor, yang telah didiaminya sekian lama.

Andrew kini akan dikenali hanya sebagai Andrew Mountbatten-Windsor selepas pajakan kediaman itu ditamatkan secara rasmi.

Difahamkan, beliau akan berpindah ke salah satu rumah milik peribadi Raja Charles di Estet Sandringham, dengan semua kos perpindahan ditanggung oleh Raja Charles.

Raja Charles dijangka menggunakan waran diraja untuk membatalkan gelaran Duke of York, Inverness dan Killyleagh tanpa perlu melalui Parlimen. Kerajaan Britain juga difahamkan menyokong tindakan tersebut.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker