Malaysia

AirAsia tetap harga tiket KL-Sarawak RM328, KL-Sabah RM398 sempena Tahun Baharu Cina, Aidilfitri

AirAsia menawarkan tiket penerbangan tambang tetap sehala dari Kuala Lumpur ke Sarawak pada kadar RM328 dan ke Sabah RM398 sempena perayaan Tahun Baharu Cina serta Aidilfitri.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook memaklumkan inisiatif itu bertujuan memastikan rakyat Malaysia dapat pulang ke kampung halaman dengan tambang mampu milik, selain membantu menguruskan lonjakan permintaan perjalanan semasa musim perayaan.

Sebanyak 1,578 penerbangan dengan lebih 31,000 tempat duduk disediakan sepanjang tempoh perayaan.

Tempahan bagi Tahun Baharu Cina dibuka mulai hari ini hingga 24 Februari untuk perjalanan antara 13 hingga 24 Februari, manakala tempahan Aidilfitri dibuka hingga 26 Mac bagi perjalanan antara 18 hingga 26 Mac.

Dalam pada itu, Loke berkata program baucar FLYSiswa bernilai RM400 untuk pelajar akan diteruskan tahun ini dan dijangka dilaksanakan minggu depan bagi meringankan kos perjalanan antara Kuala Lumpur dan Malaysia Timur.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker