Malaysia

Akta Pekerja Gig berkuat kuasa hujung Mac – Ramanan

Akta Pekerja Gig akan dikuatkuasakan selewat-lewatnya hujung Mac, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri R. Ramanan.

Beliau berkata akta itu akan dimuktamadkan sebelum akhir Mac 2026, manakala mekanisme institusi sokongan seperti majlis perundingan dan tribunal khas akan diumumkan kemudian.

Dalam perkembangan berkaitan, Ramanan memaklumkan Grab bersetuju meningkatkan sumbangan caruman Perkeso untuk semua rider e-hailing kepada 15 peratus, berbanding sebelum ini yang lebih terhad.

Beliau menyifatkan langkah itu sebagai komitmen besar syarikat dalam menyokong kebajikan pekerja gig.

Selain itu, Grab juga akan menyediakan latihan serta peluang peningkatan kemahiran kepada 5,000 pekerja tahun ini.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker