Malaysia

Ambil kira pengalaman COVID-19, tiada PdPR akan dibuat – KPM

Kementerian Pendidikan (KPM) mengekalkan sesi persekolahan seperti biasa dan tidak bercadang melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) buat masa ini.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata keputusan itu mengambil kira pengalaman PdPR sebelum ini yang memberi kesan kepada pembelajaran murid ketika pandemik COVID-19.

Menurutnya, kerja dari rumah (BDR) dan PdPR merupakan dua perkara berbeza, namun setakat ini tiada sebarang keputusan untuk melaksanakan pembelajaran jarak jauh.

Beliau berkata keutamaan kerajaan adalah memulihkan kesan gangguan pembelajaran lalu serta memastikan kualiti pendidikan murid terus terpelihara tanpa melaksanakan dasar secara tergesa-gesa.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker