Malaysia

ASEAN NCAP turunkan taraf Proton X90 kepada 1 bintang

Program Penilaian Kereta Baharu untuk Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP) secara rasmi telah menarik balik penarafan 5-bintang bagi model facelift Proton X90 2026 dan menurunkannya kepada hanya 1-bintang.

Keputusan ini dibuat susulan tindakan pengeluar mengeluarkan hampir keseluruhan sistem Bantuan Pemandu Proaktif (ADAS) termasuk Brek Kecemasan Autonomi (AEB) dan Teknologi Titik Buta (BST) yang sebelum ini merupakan ciri standard pada model 2023.

Ketua Pengarah MIROS, Prof Dr. Siti Zaharah Ishak menyatakan kekesalan terhadap keputusan Proton yang mengorbankan teknologi keselamatan demi kemewahan luaran seperti sistem infohibur dan upholsteri kulit.

Manakala Ketua Teknikal ASEAN NCAP, Yahaya Ahmad menegaskan bahawa keselamatan penunggang motosikal merosot mendadak tanpa sistem pengesanan titik buta, sekali gus memaksa penarafan keseluruhan dihadkan kepada 1-bintang sahaja.

Pihak ASEAN NCAP turut mengesahkan bahawa penarafan 5-bintang hanya kekal sah untuk varian Proton X90 keluaran tahun 2023 hingga 2025 yang masih memiliki spesifikasi keselamatan lengkap.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker