Malaysia
ATM diarah siasat dakwaan kelakuan tidak bermoral di kem tentera

Kementerian Pertahanan (MINDEF) memandang serius dakwaan kemasukan individu tidak berkaitan serta aktiviti tidak bermoral yang didakwa berlaku di dalam kem tentera dan tular di media sosial.
Susulan itu, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diarahkan menjalankan siasatan dalaman secara segera dan menyeluruh bagi menentukan kesahihan dakwaan berkenaan.
MINDEF menegaskan sebarang salah laku, jika dibuktikan, akan dikenakan tindakan tegas mengikut peraturan dan undang-undang sedia ada, selain menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi yang boleh menjejaskan imej serta kredibiliti ATM.




