Malaysia

Najib Razak dibebaskan 26 Disember depan? 

Nasib bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam kes rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana RM2.3 bilion milik 1MDB akan ditentukan pada 26 Disember ini.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah, yang kini berkhidmat di Mahkamah Rayuan, menetapkan tarikh itu bagi keputusan sama ada Najib akan dibebaskan atau disabitkan kesalahan selepas hampir enam tahun perbicaraan berlangsung.

Mahkamah turut menetapkan 4 November ini sebagai tarikh akhir penghujahan kedua-dua pihak sebelum keputusan diumumkan pada penghujung tahun.

Kes 1MDB itu telah berjalan sejak 2019 dan melibatkan lebih 50 saksi serta pelbagai dokumen berkaitan aliran dana syarikat pelaburan strategik kerajaan berkenaan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker