Malaysia

Ben Amir bawa kekasih Filipina naik pejabat agama Islam

Pelakon Ben Amir berkongsi berita gembira apabila teman wanitanya dari Filipina sah memeluk Islam baru-baru ini.

Dalam perkongsian di Instagram, Ben yang berusia 35 tahun meluahkan rasa syukur dan menzahirkan doa agar pasangannya diberi kekuatan untuk mendalami serta menghayati ajaran Islam.

Pelakon filem Rebel itu turut memuat naik beberapa gambar memakai baju Melayu lengkap ketika menemani kekasihnya di pejabat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bagi urusan pengislaman.

Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi positif daripada netizen yang menzahirkan rasa syukur dan tumpang gembira atas berita berkenaan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker