Britain sedia iktitaf Palestin pada September

Britain dijangka mengiktiraf negara Palestin pada September ini sekiranya Israel gagal menghentikan serangan di Gaza serta tidak menunjukkan komitmen terhadap pelan damai jangka panjang.
Perdana Menteri Britain, Keir Starmer, menegaskan pengiktirafan itu akan dibuat di Perhimpunan Agung PBB sebagai langkah menyokong penyelesaian dua negara dan memberi tekanan terhadap rejim Zionis.
Langkah tersebut mendapat reaksi negatif dari Israel dan Amerika Syarikat, yang menyifatkannya sebagai tindakan yang ‘mengganjar keganasan’.
Sebaliknya, negara seperti Perancis, Arab Saudi dan pihak berkuasa Palestin menyokong usaha Britain sebagai dorongan terhadap keadilan dan undang-undang antarabangsa.
Perancis turut menyatakan pendirian sama, menjadikannya negara G7 pertama yang komited untuk mengiktiraf Palestin tahun ini.



