Dunia
BTS sah ke Malaysia pada Disember, peminat beri amaran jangan beli tiket kerana ‘FOMO’

Kumpulan K-Pop terkenal, BTS, disahkan bakal mengadakan konsert di Kuala Lumpur sempena jelajah dunia terbaharu mereka, sekali gus menamatkan penantian peminat selepas 11 tahun tidak beraksi di Malaysia.
Pengumuman itu mencetuskan keterujaan besar dalam kalangan BTS Army, yang kini bersiap sedia untuk merebut tiket konsert berkenaan pada 12 dan 13 Disember depan.
Keterujaan itu turut disertai kebimbangan apabila sebahagian peminat meluahkan harapan agar orang ramai tidak membeli tiket sekadar kerana FOMO, sekali gus menjejaskan peluang peminat setia mendapatkan tempat.
Selain Kuala Lumpur, konsert jelajah itu dilaporkan bakal diadakan di 34 buah bandar termasuk Tokyo, Los Angeles, Bangkok, Singapura, Jakarta, Sydney, London dan Madrid.




