Dunia
Chery gagal saingi Range Rover daki 999 anak tangga menuju ‘Heaven’s Gate’

Chery Automobile memohon maaf susulan insiden ujian kenderaan di ‘Tangga ke Syurga’, Gunung Tianmen di Zhangjiajie, Hunan, selepas kenderaan ujian syarikat itu menggelongsor ke belakang dan merosakkan sebahagian penghadang keselamatan.
Siasatan awal mendapati punca kejadian ialah titik penyambung tali keselamatan yang tercabut, menyebabkan tali berpintal pada tayar kanan dan menghalang kuasa enjin.
Situasi itu menyebabkan kenderaan hilang kawalan lalu melanggar penghadang. Tiada kecederaan atau kerosakan alam sekitar dilaporkan.
Chery menyatakan komitmen untuk membaiki sepenuhnya kerosakan di lokasi pelancongan tersebut, menanggung kos pampasan dan menyelesaikan semua tindakan susulan yang diperlukan.



