Malaysia

China paling tinggi beli rumah di Malaysia, namun MM2H bukan tiket kewarganegaraan – King Sing

Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) tidak pernah memberi laluan kepada warga asing untuk memperoleh kewarganegaraan Malaysia.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing menegaskan MM2H hanyalah pas lawatan sosial jangka panjang dengan kemudahan visa berulang kali, membolehkan peserta tinggal antara lima hingga 20 tahun mengikut kategori platinum, emas, perak dan zon ekonomi khas.

Sehingga 31 Disember lalu, 744 peserta MM2H telah membeli kediaman di Malaysia manakala 2,637 lagi masih dalam proses pembelian. China merekodkan pembelian tertinggi dengan 304 unit, diikuti Taiwan (91) dan Singapura (63).

Negara lain termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom, Hong Kong, Australia, Bangladesh, Korea Selatan, Indonesia dan Jepun.

Penjelasan itu dibuat di Parlimen bagi menegaskan MM2H adalah inisiatif kediaman jangka panjang untuk menarik kehadiran asing, bukan mekanisme mendapatkan taraf kerakyatan atau pemastautin tetap.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker