Malaysia

Anggota polis terbaring di stesen minyak di Klang ketika cuba tahan penjenayah kes samun

Kejadian tular melibatkan seorang lelaki yang diserang sehingga terbaring fi stesen minyak di Persiaran Raja Muda Musa, Klang, sebelum ini melibatkan seorang anggota polis.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Ramli Kasa, berkata kejadian kira-kira jam 2.30 petang Rabu itu berlaku apabila anggota terbabit terserempak dengan sebuah Toyota Vios putih yang disyaki terlibat dalam kes samun di Subang Jaya dan cuba melakukan tangkapan.

Suspek bertindak agresif dengan menolak anggota polis sebelum memecut melarikan diri dan melanggar kaki mangsa serta kenderaan pasukan polis.

Dia kemudian memandu melawan arus ke arah Shah Alam sebelum meninggalkan kereta di tepi jalan Persiaran Sultan Ibrahim dan melarikan diri.

Anggota yang cedera menerima rawatan susulan insiden itu. Bertindak atas maklumat, polis menahan suspek berusia 33 tahun di sekitar Bandar Bukit Tinggi kira-kira jam 12.45 tengah malam Khamis.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker