Malaysia

Malaysia mahu F1 kembali secara tetap ke Sepang

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia sedang melihat kemungkinan untuk kembali menjadi tuan rumah Formula 1 secara tetap di Litar Antarabangsa Sepang.

Beliau berkata perkara itu dibincangkan bersama Ketua Pegawai Eksekutif Formula 1, Stefano Domenicali, sebelum perlumbaan di Sepang pada Ahad, 4 Oktober.

Bagaimanapun, Anwar berkata usaha itu memerlukan masa kerana kalendar F1 sudah padat dan terikat dengan kontrak negara tuan rumah lain. Perkara itu juga akan dibawa ke Kabinet untuk dinilai.

Malaysia sebelum ini menganjurkan F1 di Sepang dari 1999 hingga 2017 sebelum perlumbaan dihentikan kerana kos tinggi.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker