Dunia

Cristiano Ronaldo kini pemain bola sepak pertama bergelar bilionair

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mencipta sejarah sebagai pemain bola sepak pertama di dunia yang mencapai status bilionair dengan nilai kekayaan bersih dianggarkan AS$1.4 bilion (RM5.9 bilion), menurut Bloomberg Billionaires Index.

Ronaldo, 40, yang kini bersama Al-Nassr, melonjak kekayaannya selepas menandatangani kontrak baharu bernilai lebih AS$400 juta (RM1.6 bilion), menjadikannya pemain dengan gaji tahunan tertinggi dalam sejarah bola sepak.

Jumlah kekayaannya adalah sekitar AS$237 juta (RM1 bilion) setahun termasuk bonus dan pegangan saham dalam kelab.

Sepanjang kariernya, beliau meraih lebih AS$550 juta (RM2.3 bilion) hasil gaji bersama pelbagai kelab, selain pendapatan besar daripada penajaan Nike, Armani dan Castrol, serta empayar perniagaan jenama CR7 yang meliputi pakaian, wangian, gimnasium dan hotel.

Dengan pencapaian ini, beliau menyertai senarai elit atlet bilionair seperti Michael Jordan, LeBron James, Tiger Woods dan Roger Federer.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker