Mayat wanita tanpa kepala, kaki ditemukan dalam tong sampah

Mayat seorang wanita warga Uzbekistan berusia 37 tahun ditemukan dalam tong sampah di daerah Sisli, Istanbul pada Sabtu lalu dalam keadaan dipenggal dan anggota badan dipotong.
Mayat mangsa ditemui oleh pengutip kertas, manakala kepala dan kaki belum ditemukan ketika itu.
Semakan rakaman CCTV membawa kepada penahanan dua lelaki warga Uzbekistan di Lapangan Terbang Istanbul ketika cuba meninggalkan negara itu, diikuti seorang lagi suspek, menjadikan tiga individu ditahan bagi membantu siasatan.
Kejadian itu mencetuskan protes kumpulan hak wanita di Istanbul dan Ankara yang menuntut keadilan serta tindakan tegas terhadap keganasan terhadap wanita.
Data aktivis menunjukkan 297 wanita dibunuh atau ditemukan mati dalam keadaan mencurigakan di Turkiye sepanjang tahun lalu.




